Saturday, April 11, 2009

MENGGAPAI IMPIAN

MENGGAPAI IMPIAN

Satu Impian...
Lebih Baik Dari Seribu Mimpi,
Satu Kesedaran...
Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan...
Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran,
Satu Matlamat...
Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan...
Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit,
Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '
Binalah bangunan hidupmu buat hari esok,
Letakkan batu-bata tujuan yang teguh,
Sediakan puing-puing raksasa,
Dari kejatuhanmu yang silam,
Ukirkan menara-menara yang hebat,
Untuk membenam...
lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar,
Walaupun usahamu itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari,
Binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan,
Dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa dirimu akan berjaya,
Dari apa yang diusahakan.

2 comments:

  1. Dari impian akan tercipta cita-cita yang bakal menjadi harapan dan matlamat. Binalah impian agar nanti harapan dan matlamat menjadi lebih murni...Salam perkenalan.

    ReplyDelete